Khalifah Umar bin Khattab dan Nenek Tua
Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khatab baru saja pulang dari melawat
negeri Syria. Seperti biasa Saiyidina Umar akan berjalan-jalan dan
meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata untuk
mengetahui sendiri akan penderitaan mereka. Pada kali ini Saiyidina Umar
menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang nenek tua.
Saiyidina Umar pergi ke rumah nenek tersebut dengan menyamar sebagai
orang biasa. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar
menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan
yang di alami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan
rakyat terhadapnya. Apabila tiba di rumah nenek tersebut Khalifah
memberi salam dan berkata. “Adakah nenek mendengar apa-apa berita
tentang Umar?”. jawab nenek tua itu “Kabarnya Umar baru saja pulang dari
Syria dengan selamat”. Kata khalifah lagi “Bagaimana pendapat nenek
tentang khalifah kita itu”. Jawab nenek “Semoga Allah tidak memberi
ganjaran baik kepadanya”. Umar bertanya lagi ” Mengapa nenek berkata
demikian?”.
Jawab nenek “Ia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah
dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi uang”.
Jawab Umar “Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan nenek
sedangkan tempat ini jauh terpencil” Nenek mengeluh dan berkata
“Subhanallah! tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan
keadaan rakyatnya walau dimana mereka berada”.
Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak lalu berkata didalam
hatinya “Celakalah aku kerana semua orang dan nenek ini pun mengetahui
perihal diriku”. Sayyidina Umar menyesal sambil menitiskan air mata.
Saiyidina Umar berkata lagi “Wahai nenek, berapakah kamu hendak menjual
kezaliman Umar terhadap nenek?. Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan
masuk neraka. Itu pun kalau nenek mahu menjualnya”. Kata nenek “Jangan
engkau berguaru dengan aku yang sudah tua ini”.
Sambung Umar lagi “Saya tidak bergurau, saya betul-betul ini,
berapakah nenek akan menjualnya. Saya akan menebus dosanya, mahukah
nenek menerima uang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap
nenek” sambil menyerahkan wang tersebut kepada nenek. “Terima kasih nak,
baik benar budi mu” kata nenek sambil mengambil wang tersebut.
Sementara itu Saiyidina Ali Abu Talib bersama Abdullah bin Mas’ud
lalu di kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada disitu, mereka pun
memberi salam. “Assalamualaikum ya Amirul Mukminin”. mendengar ucapan
tersebut, tahulah nenek bahwa tamu yang berbicara dengannya sebentar
tadi adalah Khalifah Umar Al-Khatab. Dengan perasaan takut dan gementar
nenek berkata “Masya Allah, celakalah aku dan ampunilah nenek diatas
kelancangan nenek tadi ya Amirul Mukminin. Nenek telah memaki Khalifah
Umar dihadapan tuan sendiri”. Rantapan nenek telah menyadarkan Saiyidina
Umar.
“Tak apa-apa nek, mudah-mudah Allah memberi rahmat kepada nenek” kata
Sayyidina Umar. Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan
menulis keterangan berikut diatas bajunya.
“Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang nenek yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi”.
Dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang nenek yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi”.
Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Sayyidina Ali bin Abu Talib
dan di saksikan oleh Abdullah bin Mas’ud. Baju tersebut diserahkan
kepada Abdullah bin Mas’ud sambil berkata “Simpahlah baju ini dan jika
aku mati masukkan kedalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah
s.w.t.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Dilarang menggunakan unsur SARA