BIOGRAFI DAN LATAR BELAKANG SAIYIDINA ABU BAKAR As-SIDDIQ RA
Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq
R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun
sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam
sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam
mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan
masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya
ketika berkuasa serta tutur bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar
dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat
terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.
Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar
Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang
saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat
dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar
telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak
pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar
Quraisy yang lain.
Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar
R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin
persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W.
menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali
berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad
S.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah
mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan
Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu
adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan
Nabi Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang
diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina
Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.
Kata Saiyidina Abu Bakar R.A.
ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku
pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab
dan mengajar banyak murid. Dia berkata kepadaku:
"Aku kira tuan datang dari
Tanah Haram.
"Benar, “jawabku.
"Aku kira tuan berbangsa
Quraisy?”
"Benar,” ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan
dan keluarga Bani Taiyim?”
"Benarlah begitu,” tambahku
selanjutnya.
Orang tua itu terus menyambung,
katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu
tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?
Maka pada ketika itu aku pun
berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan
kepadaku perkara yang sebenarnya.
Maka ujar orang tua itu, "Aku
sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan
diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang
seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda
itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam
sebarang kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan
kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah
salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.
Maka sesudah dia berkata itu aku
pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di
atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah,
tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu pun memberi
sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kenana
mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi
pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap
syairku?
"Boleh sahaja, “jawabku.
Setelah itu aku pun membawa pulang
syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang
menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka
ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?
Jawab mereka, "Si yatim Abu
Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar,
sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk
menyelesaikannya.
Kemudian aku pun meminta mereka pulang
dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun
mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga
tüan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dari
kepercayaan nenek moyang kita.
Maka ujar baginda, "Bahawa aku
adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!
Aku pun bertanya kepada baginda,
"Apa buktinya?
Jawabnya, "Orang tua yang
engkau temui di Yaman tempoh hari.
Aku menambah lagi, "Orang tua
yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di
Yaman itu?
Baginda menyambung, "Orang tua
yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!
Aku terkejut mendengarkannya lalu
bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?
Maka ujar baginda, "Malaikat
yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya aku berkata,
"Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada
Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh
Allah.
Demikianlah kisah indah yang
meriwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan memanglah
menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada
Rasulullah S.A.W.
Keislaman Saiyidina Abu Bakan
Al-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy
kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang
pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman
Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk
Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A. telah menjadi pembela Islam yang paling utama
serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah
S.A.W. Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar
R.A., dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul
dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah suatu hari
menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi?
Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.
Selain daripada itu Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat yang terkenal kerana keteguhan
imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah
S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang
iman Abu Bakar Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu
Bakar. Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakar R.A. demi apakala kita
memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai
dirinya itu. Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu
Bakar R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam
membenarkan serta membela diri Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat
manusia akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti pula tampil
dengan penuh keyakinan untuk membelanya.
Tidak beberapa lama setelah memeluk
agama Islam, Saiyidina Abu Bakar yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu
telah meninggalkan perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadi
lain-lainnya lalu menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan
penjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana
kegiatannya maka Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda
Quraisy yang lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan
seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang
ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membeli
hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya
lalu kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin
Rabah.
Tatkala Nabi Muhammad selesai
melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang
telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan
R.A. untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad
S.A.W. itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidak lain
dengan prasangka tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang
tidak masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan
kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata
begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A.
"Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang diceritakan
itu. Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai Abu Bakar
bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam
semalam tadi? Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh, "Benar! Aku percaya!
Malah lebih dari itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dari
langit yg diberitakannya baik pada waktu siang mahupun di waktu malam!
Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama itu. Kerana tegas dan
teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa
yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi oleh Rasulullah S.A.W.
dengan gelaran Al-Siddiq, entinya yang benar.
Dan memanglah tidak menghairankan
sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan Muhammad S.A.W. bukan
sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa
sahabatnya itu berkata benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil baginda
akan khianat kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani
sahabatnya itu Pesuruh Allah Yang Maha Kuasa, menerima wahyu danipada Tuhannya.
Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah
kepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.
Tatkala keadaan kekejaman orang-orang
musynikin Quraisy terhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah
semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengadakan
permusyuaratan di rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. untuk mencari jalan keluar
daripada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulah
Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakar R.A. bahawa Allah
S.W.T. telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta
meminta Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah
tersebut. Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu
Bakar R.A. menyambut permintaan Rasulullah S.A.W.
Dari pintu belakang rumah Saiyidina
Abu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W. bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju ke
Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang diberi nama Gua Tsaur. Pada saat
suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan dan
cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullah
sedang bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah
Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq, sebagai orang kedua
sesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun
mengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul
berkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?
Kemudian Rasulullah S.A.W.,
diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu
Bakar, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapat
melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan ke
belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke belakang. Betapa
terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu,
padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan
Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan
diragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan
jiwa baginda Rasul. Beliau pernah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah
mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang
manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan
hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan
dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan antara dua orang sahabat
tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam Surah At-Taubah ayat
40: "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh
orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja
di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya
(Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan
menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak
kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah
dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.
Demikian satu lagi keistimewaan
Saiyidina Abu Bakar AL Siddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami
kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan
Islam. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak bercerai jauh dengan baginda Rasul
sepanjang hidupnya dan menyertai semua peperangan yang dihadapi oleh baginda.
Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya
bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak
sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya
telah habis dipergunakannya untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah
Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong orang yang paling murah
hati dan dermawan sekali.
Dalam Perang Tabuk misalnya,
Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan
hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa
seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul.
Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad
itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hal sahabatku yang budiman,
kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau
tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu
dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum,
ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.
Demikianlah kehebatan jiwa
Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan hati yang memang tidak
dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya pengorbanan beliau
terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama
Islam itu adalah lantaran hanta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq. Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman
seluruh ummat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakar R.A. maka berat lagi
iman Saiyidina Abu Bakar R.A. Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya
yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab Rasulullah
s.a.w
Pada suatu ketika di saat
Rasulullah membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang
hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia
di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan
memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika meñdengar khutbah Nabi
demikian itu Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih
dan terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi
khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir
berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan para
sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir
dekat.
Keunggulan beliau dapat dilihat
dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam
hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan
sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan
fikiran dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja
yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujar Umar r.a., "Rasulullah
tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa
yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian
pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika kegawatan itu berlaku
Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita
kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah.
Di sana beliau dapati ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato
Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar
terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati tubuh
Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah
Rasulullah dan mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya
engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau
pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata
dengan nada yang keras:
"Wahai kaum Muslimin! Barang
siapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barang siapa
yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya
menyambung membacakan sepotong ayat dari Al Qur'an:
"Muhammad itu tidak lebih dari
seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau
terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang,
dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi
ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.
Sejurus sahaja mendengar ayat itu,
Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai
Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah
sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya,
kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W.
telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam
berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti
yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan
Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam.
Ketika Rasulullah S.A.W. wafat,
baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan
baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum
Muslimin dengan suara ramai memilih Saiydina Abu Bakar Al-Siddiq sebagai
Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A.
Pemilihan ini tentulah tepat sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang
beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan
kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang
pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda
sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur.
Setelah dipilih oleh sebahagian
besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun memberikan ucapannya
yang terkenal yang antara lainnya baginda berkata:
"Wahai sekelian ummat! Aku
telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik
di antara kamu. Sebab itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika
tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada
sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat
di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang
lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula.
Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika
aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih untuk memimpin urusan
ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di
antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta
kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba
Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari
kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada
kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.
Ini adalah satu pembaharuan dalam
pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan
Parsi yang memerintah dunia barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi
manifesto politiknya. Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka
didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang
memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segera memintas cakap
orang itu dengan katanya:
"Saya bukan Khalifah Allah,
saya hanya Khalifah RasulNya!
Adalah diriwayatkan bahawa pada
keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih sebagai Khalifah,
Saiyidina Abu Bakar R.A. kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar.
Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati baginda, di antaranya Abu
Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati baginda seraya berkata,
"Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar
R.A. bertanya, "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku
membelanjai rumah tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu
Bakar R.A. sebab walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada
lagi ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji
dari harta kerajaan.
Keadaan ini mendapat perhatian dari
para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya buat baginda dan buat
keluarga baginda yang diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah
Abu Bakar meninggalkan usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh
tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda
hanya menerima peruntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu
kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak
dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya baginda telah memerntahkan
supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga
ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang
berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar
tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan
golongan-golongan yang lain. Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar
keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.
Sebelum baginda wafat, kepada
Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan
jenazahnya nanti bila baginda pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia
segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang
bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan
Saiyidina Umar R.A. apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan
bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang
suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan biarpun yang demikian
itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar
Ibnul Khattab R.A.:
"Dengarlah hai Umar! Apa yang
akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat
Allah hari ini sebab itu sebelum matahari terbit pada esok hari engkau
hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknya
sesuatu bencana bagaimana pun besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agama
dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah
wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah
manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu
aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat
siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah ini telah jadi lautan api.
Dalam masa pemerintahannya yang
singkat Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua
tahun sahaja itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemenintahan Islam
yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam
negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda telah memenuhi
segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah
terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.
Sungguh kehidupan Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq adalah penuh dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta
kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu baginda
telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Baginda telah
membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara kepercayaan kaum
Muslimin dan bagi memelihara keagungan Agama Islam. Bahkan baginda telah
mengakhiri riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada
negeri Syam dan sebahagian daripada negeri Iraq, lalu pulang ke rahmatullah
dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63 tahun. Baginda
dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Madinah. Semoga
riwayat serta penjuangan baginda menjadi contoh ibadat yang murni bagi sekelian
kaum Muslimin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Dilarang menggunakan unsur SARA