BIOGRAFI DAN LATAR BELAKANG SAIYIDINA USTHMAN BIN AFFAN RA.
SAIYIDINA UTHMAN BIN AFFAN ra.
Di zaman kebangkitan Islam dahulu
terdapat beberapa sahabat yang terkenal kerana banyak mengorbankan harta-benda
dan kekayaannya untuk membela Agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang
paling terkemuka sekali ialah Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Selain daripada
beliau ialah Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain
lagi. Apatah lagi memang Saiyidina Uthman R.A. baik sebelum memeluk Islam
mahupun setelah Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga yang
paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasul yang banyak mengorbankan
harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam.
Saiyidina Uthman Bin Affan R.A.
adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyidina Umar Al Khattab R.A. Beliau
telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masihi
644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain yang ertinya
yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah
mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan
Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah
mengahwinkannya pula dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan
Rasulullah s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang kedua
itu pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, "Jika ada
anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu.
Sahabat besar ini termasuk orang-orang
pertama yang masuk Islam. Beliau datangnya dan suku atau puak Quraisy yang
paling keras sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w.,
iaitu puak Umaiyah. Menurut catatan sejarah, Saiyidina Uthman Bin Affan
termasuk orang kelima diajak oleh Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq untuk memeluk
Islam. Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai
oleh Rasulullah s.a.w. kerana kemuliaan dan kehalusan budipekertinya. Memang
sesungguhnya Saiyidma Uthman Bin Affan R.A. terkenal sebagai seorang sahabat
yang sangat tinggi budiperkertinya, sangat penyantun, lemah lembut lagi pemalu.
Sebagai memperlihatkan kecintaan dan penghargaan Rasulullah s.a.w. kepadanya
itulah maka beliau telah menjadi pilihan baginda untuk dikahwinkan dengan
puteri-puterinya seorang demi seorang selepas meninggal seorang lepas satunya.
Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman. Memang
Rasulullah s.a.w. biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya
dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saiyidina
Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya
yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para
malaikat.
Dalam suatu riwayat lain adalah
dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Saya bermohon kepada
Tuhanku supaya tidak ada seorangpun yang pernah menjadi menantuku atau menjadi
mertuaku dimasukkan ke dalam neraka. Hal yang demikian itu tercapai oleh
Saiyidina Uthman R.A. kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Tiap-tiap
Nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku di dalam syurga.
Ketika suasana pergolakan di Mekah
menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan
tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin, Saiyidina Uthman termasuk
orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia. Saiyidina Uthman R.A.
berserta isterinya adalah termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah
itu. Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang ditinggalkannya
itu kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha
untuk menegakkan agama Allah. Sekembalinya beliau dan Abyssinia, beliau pun
tinggallah di kota Mekah buat sementara waktu. Kemudian beliau telah melakukan
hijrah pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah s.a.w. yang telahpun lebih
dahulu berhijrah di kota tersebut.
Setelah berada di Madinah,
Saiyidina Uthman R.A. pun mulalah menjalankan usaha perniagaannya hingga beliau
berjaya menjadi saudagar yang kaya. Namun demikian beliau tidak teragak-agak
sedikitpun bagi mempergunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut
seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam. Sebagai seorang sahabat besar,
banyak sekali pengorbanan Saiyidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. Di zaman
permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi
kekurangan air, lalu Saiyidina Uthman Bin Affan telah membeli sebuah kolam yang
bernama Bir Ruma dan seorang Yahudi. Pada saat itulah Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Barangsiapa yang antara kamu yang membeli sumur Ruma lalu
dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin serta ia menimba air sumur
tersebut maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan menyediakan tempat
minuman baginya dalam syurga. Begitu juga tatkala Masjid Madinah rnenjadi
terasa sempit sebab semakin banyaknya orang yang bersyalat di dalamnya, maka
dengan spontan Saiyidina Uthman membeli lima rumah yang sederet di samping
masjid untuk dibongkar, kemudian dibangunkan tambahan masjid agar menjadi lebih
luas dan besar lagL
Selain daripada pengorbanan harta
benda, Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. juga adalah sahabat yang paling banyak
membantu Rasulullah s.a.w. dalam berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang
penulis wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasul untuk menemui kaum Quraisy
pada tahun keenam hijrah. Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam
maka tidaklah menghairankan kiranya beliau tergolong salah seorang yang paling diridhai
oleh Rasulullah s.a.w. pada waktu wafat baginda.
Selain memiliki sifat pemalu,
Saiyidina Uthman R.A. ialah seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w. yang
masyhur dengan sifat waraknya, kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah, dia
mengerjakan segala perintah Allah dan sekali-kali tidak melanggar larangan
Allah. Pada tiap-tiap tahun beliau menunaikan ibadah Haji dan dalam sepanjang
tahun pula beliau berpuasa setiap hari kecuali pada hari-hari yang ditegah
berpuasa. Beliau sangat mengambil berat terhadap kaum keluarganya dan sangat
bertimbangrasa dan kasih mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat
yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau
mendengar bacaan Qur'an darihal azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar
oleh rasa takutnya.
Khalifah Uthman Bin Affan R.A.
telah dipilih sebagai Khalifah apabila wafatnya Saiyidina Umar Ibnul Khattab
apakala beliau menyatakan kesanggupannya secara tegas kepada AbduIl Rahman Bin
Auf yang bertindak sebagai formatir. Beliau ialah seorang sahabat yang tua
tatkala dilantik menjadli Khalifah iaitu ketika berumur 70 tahun. Beliau
seorang yang bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam
menjalankan pemerintahannya, hal ini berbeza sekali dengan Saiyidina Abu Bakar
dan Saiyidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum daripadanya, mereka
kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah dalam zaman
pemerintahannya. Pada masa zaman pemerintahannya, keadaan pemerintahan Islam
dan semasa ke semasa mula menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman
peralihan dan kehidupan asal orang-orang Arab menuju suatu kehidupan baharu dan
pada zamannyalah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil
penaklukan negeri-negeri yang baharu.
Dalam zaman pemerintahannyalah
orang-orang Islam mula merasa hidup mewah dan menerima kemakmuran. Mereka yang
menghadiri majlis-majlis jamuan Khalifah Uthman pada zaman itu melihat
perbezaan besar jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman Khalifah
Umar. Sebagai seorang Khalifah beliau merasa bahawa rakyatnya berhak menikmati
hidup yang makmur itu, tetapi beliau tidak membenarkan kepada orang-orang Islam
bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu hingga melanggar hukum Allah.
Pada zaman beliau ramai daripada para sahabat Rasul keluar meninggalkan bandar
Madinah hermastautin di wilayah-wilayah yang baharu diperintah oleh pemerintah
Islam. Pemergian mereka itu tidak dilarang oleh Saiyidina Uthman. Jikalau pada
zaman pemerintahan Khalifah Umar para sahabat tidak dihenarkan keluar dan
bermastautin di negeri-negeri yang baharu diperintah oleh orang-orang Islam,
tetapi pada zaman Khalifah Uthman R.A. tegahan itu dihapuskan. Saiyidina Uthman
tidak begitu mengambil berat terhadap gabenor-gabenor Islam yang memerintah di
wilayah-wilayah Islam khususnya mengenai perjalanan mereka, untuk menjaga nama
baik mereka dan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang mungkin
menimbulkan fitnah. Berlainan dengan Saiyidina Umar R.A. yang sangat mengambil
berat tentang kedudukan wakil-wakilnya yang memerintah.
Pada zaman peinerintahan Saiyidina
Uthman Bin Affan inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah
berlaku sebelumnya. Timbulnya peristiwa-peristiwa yang baharu itu bukanlah
disebabkan oleh kecuaian Saiyidina Uthman ataupun kerana beliau sengaja
meringan-ringankan hukum, bahkan hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap
dikenakan ke atas siapa juga yang bersalah yang melanggar larangan Agama Islam.
Tetapi bagaimanapun percubaan-percubaannya itu tidak menghasilkan hasil yang
baik berlainan dengan apa yang dijalankan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab
dalam masa pemerintahannya dan mi menyebabkan fitnah-fitnah makin banyak
berlaku antara pihak pemerintah dengan orang ramai.
Satu perkara yang mungkin menjadi punca
kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi
oleh cakap-cakap orang lain terutama oleh kaum keluarganya sendiri. Mereka itu
pernah mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang keluarganya yang
hernama Marwan Bin Hakkam. Perbuatannya yang membiarkan keluarganya campur
tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai anggota
keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tak
puashati di kalangan penduduk Madinah khasnya dan rakyat Islam umumnya.
Selain daripada itu ada lagi
beberapa perkara yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman yang telah menimbulkan
rasa tak puashati orang-orang Islam pada masa itu. Salah satu danpada
perkara-perkara itu ialah keputusan membenarkan bapa saudaranya Al Hakam Bin
Abi Al As dan beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al
Hakam telah dipenintah keluar dari Madinah kenana sikap penmusuhannya terhadap
Rasulullah s.a.w. dan Saiyidina Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa
hayatnya lagi meminta baginda membenarkan bapa saudaranya itu kembali tetapi
Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan permintaannya itu hingga pada zaman
Saiyidina Abu Bakar R.A. dan Saiyidina Umar R.A. dia tidak dibenarkan juga
kembali. Apabila Saiyidma Uthman dilantik menjadi Khalifah bapa saudaranya itu
dihenarkan kembali ke Madinah., bukan setakat itu sahaja namun apabila ia mati
kuburnya dibina dengan indahnya dan anaknya yang bernama Al Hanith dilantik
pula menjadi pegawai menjaga tempat-tempat perniagaan di Madinah. Sementara
perlantikan Saiyidina Uthman ke atas anaknya Al Hakam yang bernama Marwan
menjadi sebagai menteni kepadanya itu dikecam hebat juga oleh orang-orang
Islam. Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah membantah perlantikan itu
tetapi tidak dipedulikan oleh Saiyidina Uthman. Mengenai pengkembalian bapa
saudaranya ke Madinah, Saiyidina Uthman memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa
beliau telah memohon persetujuan Rasulullah s.a.w. dan itulah sebabnya beliau
berani melakukan demikian.
Selain daripada itu orang-orang
Islam merasa tak puas hati juga tenhadap pemecatan yang dilakukan oleh
Saiyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai yang dilantik pada zaman Saiyidina
Umar Ibnul Khattab dan digantikan dengan orang-orang baru dari kaum
keluarganya. Perkara-perkara seperti yang tersebut itu berlakunya di Madinah
pusat pemerintahan Islam pada masa itu. Sementara di lain-lain wilayah Islam
tak sunyi juga daripada adanya golongan-golongan yang menaruh rasa curiga dan
tak puas hati terhadap Saiyidina Uthman R.A. Pemenintahan Saiyidina Uthman itu
mula menempuh satu percubaan yang besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah di
Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain.
Tatkala itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba, seorang Yahudi
yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan rakyat
terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk memecah belahkan kaum
Muslimin sesama sendini.
Seonang sahabat yang tenkenal
bennama Abu Zar juga telah menentang hebat pemerintahan Saiyidina Uthman R.A.
dengan membuat cabaran ke atas Khalifah itu dan juga ke atas Muawiyah yang pada
masa itu sebagai wakil Khalifah memerintah kota Damshik. Di negeri Syam Abu Zar
telah termakan hasutan dan Abdullah Bin Saba lalu menentang Muawiyah kerana
menurut pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa harta Baitulmal semuanya
adalah kepunyaan Allah bukan kepunyaan onang-orang Islam seolah-olah dia
bercadang tidak akan membahagikan harta baitulmal kepada orang ramai. Inilah
hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba kepada sahabat tenkenal iaitu Abu
Zar yang memang berjiwa militan dan keras itu. Memandangkan bahaya dan pengaruh
Abu Zar itulah maka akhinnya Saiyidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan
untuk mengasingkan Abu Zar Al Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke satu
tempat bernama Raudah. Di tempat pembuangannya itu beliau terus-menerus juga
membuat kecaman ke atas Saiyidina Uthman R.A. hingga akhin hayatnya beliau
meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah.
Sementara itu kegiatan-kegiatan
yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba untuk memecah-belahkan ummat
Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau telah
benjaya mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang
belum pernah dibawa oleh sesiapa sebelum itu bahawa kononnya Nabi Muhammad
s.a.w. ada menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib
R.A. Di Mesir Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq
telah menyokong gerakan Abdullah Bin Saba itu kerana didorong oleh pertalian
kerabat antaranya dengan Saiyidina Ali R.A. iaitu sebagai anak tiri kepada
Saiyidina Ali Bin Abu Talib yang beristerikan balu Saiyidina Abu Bakar R.A.
iaitu Asma Binti Umais ibu Muhammad Bin Abu Bakar. Muhammad Bin Abu Bakar menentang
keras pemerintahan Saiyidina Uthman kerana sepucuk surat yang dihantar oleh
Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah Bin Saba, gabenor Mesir
menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar dan juga membunuh sekelian orang
yang menyokong Muhammad sama ada dan golongan Muhajirin ataupun dan Ansar.
Kesudahannya golongan-golongan yang
menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan
Basrah itu membuat satu pakatan menuju Madinah untuk mengemukakan
tuntutan-tuntutan meneka kepada Khalifah. Apakala mereka dapati
tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah
maka mereka pun melakukan kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan.
Setelah beberapa hari melakukan kepungan, mereka akhirnya merempuh masuk lalu
membunuh Khalifah Uthman Bin Affan yang tenkenal kenana sifat sabar dan
santunnya itu. Ketua pemberontakan itu bernama Al Ghiffari telah memukul
Saiyidina Uthman dan kemudiannya diiringi pula oleh tetakan dengan pedang dari
seorang pemberontak lain, pukulan mana disanggah oleh isteni Saiyidina Uthman
bernama Naelah dan kena pada jari tangannya lalu putus. Akhinnya Saiyidina
Uthman mati terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dan akibat dan
kewafatannya itu maka bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran
sejarah Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Dilarang menggunakan unsur SARA