BIOGRAFI DAN LATAR BELAKANG SAIYIDINA ALI BIN ABI
TALIB ra
SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
KARAMALLAHU WAJHAH
Saiyidina Ali R.A. bukan sahaja
seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang paling dicintai oleh
baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu
bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera
dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorangpun dapat menafikan
kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang.
Beliau telah memeluk Islam ketika
berumur 8 tahun dan merupakan kanak-kanak yang mula-mula sekali memeluk Islam.
Setengah riwayat menyatakan bahawa beliaulah yang paling dahulu Islam dari
Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. Saiyidina Ali Bin Abu Talib termasuk ahli
keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri kerana beliau adalah sepupu baginda yang
membesar dalam asuhan dan pemeliharaan Nabi S.A.W. Saiyidina Ali R.A.
dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi kerinduan ummat Islam. Mula-mula
yang dilihatnya ialah Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah sedang sembahyang.
Ketika beliau ditanyakan kenapa memeluk Islam tanpa lebih dahulu mendapat izin
ayahnya, Ali R.A. menjawab, "Apa perlunya aku bermesyuarah dengan ayah
demi untuk mengabdi kepada Allah?
Pada mulanya agama Islam hanya
berkembang di sekitar lingkungan rumah Rasulullah S.A.W. sahaja, yakni berkisar
pada diri Rasulullah S.A.W., isterinya Siti Khadijah, Ali dan Zaid Bin
Haritsah. Pada suatu hari Nabi Muhammad S.A.W. telah mengundang sekelian sanak
saudaranya pada satu jamuan di rumahnya. Setelah mereka itu datang maka
Rasulullah S.A.W. pun menerangkan kepada mereka itu tentang agama Islam yang
dibawanya itu. Maka Abu Lahab memutuskan pembicaraannya serta menyuruh hadirin
yang lain supaya meninggalkan jamuan makan itu. Pada keesokan harinya
Rasulullah S.A.W. mengadakan pula jamuan makan, dan setelah selesai bensantap,
maka bersabdalah Rasul S.A.W.
"Saya rasa tak ada seorang
yang membawa sesuatu yang lebih mulia daripada yang ku bawa sekarang. Maka
siapakah di antara kalian yang akan menolongku? Tatkala mendengarkan rayuan
Rasul itu mereka semua marah lalu bangkit untuk meninggalkan rumah itu. Tetapi
Ali yang masih lagi belum baligh ketika itu lantas bangun seraya berkata,
"Hai Rasulullah, akulah yang akan menolongmu. Aku akan memerangi sesiapa
sahaja yang akan memerangimu , lalu disambut oleh hadirin dengan tertawa sambil
melihat-lihat Abu Talib dan anaknya itu. Kemudian meneka meninggalkan rumah
Rasul itu sambil mengejek-ejek.
Saiyidina Ali R.A. pernah benkata,
"Aku telah menyembah Allah S.W.T. lima tahun sebelum disembah sesiapapun
dari ummat Muhammad ini. Bahkan beliau adalah salah seorang yang pertama
bersembahyang bersama Rasulullah S.A.W. Dalam hubungan ini Anas Bin Malik R.A.
pernah berkata, "Muhammad diangkat menjadi Rasulullah pada hari Isnin,
sedang Ali Bin Abu Talib sudah ikut sembahyang bersama baginda Rasul pada
keesokan harinya.
Abu Talib, bapa saudara Rasul
adalah seorang yang miskin lagi susah hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka
dengan maksud untuk meringankan beban Abu Talib itulah atas fikiran. Nabi
S.A.W., Saiyidina Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Ja'afar menjadi
tanggungannya sedang Rasul sendiri mengambil Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah
Ali Bin Abu Talib sebagai seorang pemuda di tengah-tengah keluarga Rasulullah
dan langsung memperoleh asuhan dan baginda. Saiyidina Ali R.A. banyak mengambil
tabi'at Nabi S.A.W. dan beliaulah yang terdekat sekali hubungannya dengan Rasul
serta yang paling dicintainya. Demikian akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan
Rasulullah S.A.W. hinggakan beliau hampir-hampir tidak pernah berpisah
sejengkal pun dari Rasulullah S.A.W. baik di waktu suka mahupun di waktu susah.
Pergonbanannya terhadap Islam dan Rasulnya adalah demikian besar sekali dan
akan selamanya menjadi contoh keutamaan yang tiada bandingannya dalam sejarah
ummat Islam.
Tatkala Rasulullah S.A.W. melakukan
hijrah ke Madinah di atas penintah Allah S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari
rencana pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada
Saiyidina Ali R.A. ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada
malam yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya
sekali namun Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati,
telah menyanggupi tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana
beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus
seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya
itu akan merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian
hani.
Setelah Rasulullah S.A.W. selamat
sampai ke Madinah, tidak lama kemudiannya tibalah pula rombongan Saiyidina Ali
R.A. Apakala ramai kaum Muhajinin sampai di kota Madinah itu, Rasullullah
S.A.W. telah mempersaudarakan antana golongan Muhajirin dengan golongan Ansar.
Tetapi anihnya dalam hubungan ini Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina
Ali R.A. dengan sesiapapun juga, hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali,
demikian sabdanya, "Wahai Ali, engkau adalah saudaraku di dunia dan
saudaraku juga di Akhirat. Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan
Saiyidina Ali dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah S.A.W.
terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali R.A. dengan puteri yang paling
disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang wanita yang paling utama di
syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah dilamar oleh Saiyidina Abu
Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tetapi Rasul menolaknya dengan lemah
lembut dan dengan cara yang bijaksana.
Sebagai seorang yang gagah berani
dan sahabat yang paling disayangi baginda Rasul, Saiyidina Ali R.A. tidak
pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan baik besar mahupun kecil yang
dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah melakukan peranan yang penting
dalam Peperangan Badar yang terkenal itu. Ketika itu beliau merupakan seorang
pemuda yang gagah dan tampan masih dalam lingkungan 20an lagi. Dalam
peperangan itulah buat pertama kalinya Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan
panji-panji peperangan kepada Saiyidina Ali R.A. dimana beliau telah
menjalankan tugasnya dalam peperangan tersebut dengan cemerlang sekali. Setelah
peperangan tamat para sahabat tidak menemui Nabi S.A.W. di tengah-tengah
mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya itu tiba-tiba muncul Rasulullah
S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A. seraya baginda bersabda, "Saya
sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana merawati perut Ali yang luka.
Dari peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya kecintaan baginda tenhadap
Saiyidina Ali R.A. dan bagaimana pula besarnya pengorbanan Ali R.A. dalam
menegakkan kemuliaan Agama Islam.
Dalam apa jua peperangan yang
dilakukan oleh Rasulullah S.A.W., Saiyidina Ali R.A. tetap berada di samping
baginda. Pada suatu ketika iaitu dalam Perang Tabuk, tiba-tiba Rasulullah
S.A.W. tidak membenarkan Saiyidina Ali R.A. untuk menyertai baginda hingga
sikap Rasulullah S.A.W. itu telah dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh
Islam serta kaum munafik konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali
R.A. Jika tidak demikian masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai
seorang yang benar dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali R.A. kurang berasa
senang mendengar desas-desus yang kurang menyenangkan itu lantas beliau terus
menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Sebagai menghilangkan keraguan beliau
itu, Rasul lalu bersabda kepadanya, "Tidakkah engkau rela hai Ali,
kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa ?" Mendengankan
kata-kata Rasulullah s.a.w yang menyejukkan jiwanya itu maka barulah puas
Saiyidina Ali R.A.
Perkataan Rasul itu terang
memperlihatkan betapa besarnya kecintaan dan penghormatan baginda terhadap
dirinya.
Dalam Perang Khaibar pula di mana
sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat ditakluki oleh angkatan tentera Islam,
Saiyidina Ali R.A. telah memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya
pihak Islam gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan
pengepungan beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya
Rasulullah S.A.W. bersabda"Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan
esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh
Allah dan RasulNya".
Sekelian panglima pasukan
masing-masing mengharapkan agar dirinya akan diserahkan panji-panji tersebut
kerana setiap mereka bercita-cita hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu
besar sebagai seorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh
Allah dan RasulNya. Pada keesokan harinya, setelah selesai
sembahyang subuh Rasulullah S.A.W. lantas mencari-cari Saiyidina Ali R.A.
Nyatalah bahawa Saiyidina Ali R.A. tidak ada di situ kenana ketika itu Ali R.A.
mengidap sakit mata. Kemudian bersabdalah Rasul "Panggillah Ali ke mari
menjumpai saya, Saiyidina Ali R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu
datang mengadap Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau
yang sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian
Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A. Maka benteng yang
sudah berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan di
bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib R.A.
Satu lagi peperangan di mana
Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memperlihatkan kegagahan dan keberaniannya
yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini
adalah antara pihak Islam dengan angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari
puak-puak Arab yang lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah
menggali parit-parit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai
jalan untuk membendung kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah pihak
musuh adalah kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat masuk kerana
tenhalang oleh parit-parit. Namun begitu mereka terus mengepung kota itu selama
15 hari lamanya. Kemudian Allah S.W.T. turunkan angin ribut dari tentera Allah
yang tak kelihatan memukul dan menerbangkan khemah-khemah serta alat perang
musuh sehingga mereka pun mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan.
Semasa peperangan inilah
diriwayatkan bahawa beberapa pahlawan musynik Quraisy telah dapat menyeberangi
parit dengan mengenderai kuda. Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid,
Ikrimah Bin Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah
berada di seberang parit, tiba-tiba Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan
untuk beradu kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar seraya
berkata, "Siapa di antara kalian yang berani berlawan denagan
aku, silakan! Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali R.A. yang
kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk melawan pahlawan
musyrik itu. Kata Ali R.A., "Saya akan melawan dia, ya Nabi Allah,
Izinkanlah saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan sabdanya,
"Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru.
Amru kemudian minta lawan lagi
berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia mencabar, Saiyidina Ali R.A. telah
berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa menyuruhnya duduk sambil
mengingatkan bahawa lawannya itu bukan padannya kenana Amru itu memang terkenal
gagah lagi perkasa. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap juga mengatakan,
"Sekalipun dia itu Amru, hai Nabi Allah, saya tidak takut melawannya.
Izinkanlah saya menemuinya. Akhinnya Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk
melawan musuh yang keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih
berpengalaman dari dirinya itu. Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi mendapatkan
musuhnya yang menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah membekalnya dengan pedangnya
lalu kemudian berdoa ke hadrat Allah S.W.T. untuk keselamatan Saiyidina Ali Bin
Abu Talib R.A.
Tidak lama kemudian tampillah
Saiyidina Ali R.A. ke hadapan. Manakala Amru melihatnya dia tidak dapat
mengenalinya kerana muka dan kepala Saiyidina Ali R.A. bertopeng besi lalu
ditanyainya:
“Siapa engkau, hai pahlawan?”
Jawapnya, "Ali!”
Tanya Amru lagi, "Ali, anak
Abdul Manaf?”
Jawab Ali R.A. "Ali, anak Abu
Talib”
Mendengar nama itu Amru enggan
hendak melawannya seraya katanya untuk memperkecilkan kehandalan Ali R.A.
"Wahai anak saudaraku! Lebih baik orang lain sahaja engkau suruh melawan
aku. Panggillah paman-pamanmu yang lebih kuat daripadamu. Aku benci menumpahkan
darahmu, kerana aku memandang ayahmu seorang sahabat baikku.
Saiyidina Ali R.A. lalu menjawab,
"Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan darahmu. Demi mendengarkan
jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan mulalah ia hendak menyerangnya.
Tetapi Saiyidina Ali R.A. lalu benkata, "Macamana aku hendak bertempur
denganmu padahal engkau di atas kuda. Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah.”
Mendengar itu Amru telah menghambur
dari kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya ditetak
kudanya dicencangnya mukanya supaya tak boleh lari. Kemudian ía mara ke hadapan
mendapatkan Saiyidina Ali R.A. yang disambut pula olehnya dengan mengacukan
perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru telah menetaknya, perisainya
tersiat sedang pedangnya pula melekat di situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali
R.A. Maka Saiyidina Ali R.A. pun membalas menetak bahu Amru. Ia lalu tersungkur
rebah serta mati di situ juga. Saiyidina Ali R.A. lantas memekikkan takbir,
"Allahu Akbar yang disambut pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di
angkasa oleh kaum Muslimin yang menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas
kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawan-kawannya yang lain
bertempiaran lari mengundurkan diri.
Rasulullah S.A.W. selalu memilih
Saiyidina Ali R.A. untuk diberikan tugas dalam pekerjaan-pekerjaan yang amat
berat, yang memerlukan keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang besar.
Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W. telah mengutus pahlawan Islam Khalid Bin
Walid ke negeri Yaman untuk melaksanakan tugas sebagai pemenintah dan mubaligh
Islam di negeri itu. Setelah bekerja selama enam bulan ternyata Khalid tidak
berjaya memperoleh hasil yang diharapkan walaupun setelah bekerja bertungkus
lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W. pun mengutus pula Saiyidina Ali R.A. untuk
menggantikan tempat Khalid Bin Walid sebagai mubaligh dan pemenintah di sana.
Demi apakala penduduk Yaman mendengar bahawa Saiyidina Ali R.A. yang telah
mereka kenal Sebagai Harimau Padang Pasir itu ditugaskan sebagai pemerintah
yang baru maka bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali R.A.
dapat melakukan sembahyang subuh bersama-sama mereka itu.
Setelah selesai sembahyang subuh,
Saiyidina Ali R.A. pun membacakan surat dakwah di hadapan para hadirin. Maka
seluruh penduduk dan kaum Hamdan sekeliannya memeluk Islam pada hari itu. Dalam
laporan yang dikirimkan oleh beliau kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A.
telah mengisahkan peristiwa yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W.
membaca laporan tersebut segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda
syukur atas kejadian itu senaya bersabda, "Sejahteralah penduduk Hamdan.
Selaku pemerintah dan mubaligh di
Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga telah diperintahkan untuk menjadi hakim dalam
bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya kurang ahli dalam bidang
pengadilan itu maka dengan terus-terang dan ikhlas beliau berkata kepada Rasul
S.A.W., "Ya Rasul Allah, saya tidak mengerti dan tidak mempunyai keahlian
yang cukup mengenai hal pengadilan ini.
Mendengar perkataan Saiyidina Au
R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada beliau dengan tangan
Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda, "Ya Allah, bukalah dada Ali
untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya dalam soal pengadilan".
Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali
Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi seorang hakim yang bijak lagi adil
hukumannya. Baik di zaman Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman
Saiyidina Umar Al Khattab R.A. selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak bermesyuarah
dalam memutuskan sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu.
Bahkan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu
keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali R.A. diajaknya berunding.
Demikianlah beberapa kisah riwayat
tentang peranan yang pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali Bin Abu Talib di zaman
hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, Saiyidina Ali R.A.
tidak mempunyai kesempatan untuk menyertai pertemuan para sahabat dan golongan
Muhajirin dan Ansar di Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar
Al-Siddiq sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan
jenazah Rasulullah S.A.W. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama sekali
tidak menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani Saidah itu
kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W.
serta mententeramkan sekelian keluarga Rasul S.A.W.
Permesyuaratan di Balai Bani Saidah
hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau tetapi akhirnya dapat
ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah
pertama sesudah Rasulullah S.A.W. Pada mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan
memberikan persetujuannya terhadap pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq R.A. sebagai
Khalifah, bukan kerana benci atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar
R.A. bahkan kerana rasa hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan
hilangnya Rasulullah S.A.W. Enam bulan kemudian setelah isteri
beliau iaitu Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abu
Talib R.A. memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan
Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun selaku
pemerintah ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina Ali R.A. di
dalam permesyuaratan penting.
Apakala Saiyidina Umar Al Khattab
menjadi Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali R.A. tetap memperoleh kemuliaan dan
penghormatan dan Saiyidina Umar R.A. sepertimana yang dinikmatinya semasa
pemenintah Abu Bakar R.A. Walaupun diketahui bahawa Umar Al Khattab terkenal
sebagai sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang hukum, namun baginda
sering minta bantuan kepada Saiyidina Ali R.A. di dalam menyelesaikan beberapa
hal yang sulit-sulit bahkan pernah diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al
Khattab R.A. tidak suka merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri oleh
Saiyidina Ali Bin Abu Talib.
Setelah wafat Saiyidina Umar Al
Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke tangan Saiyidina Uthman Bin
Affa'n R.A. Namun begitu Saiyidina Ali R.A. tetap memberikan persetujuannya
serta ketaatannya kepada Khalifah Uthman R.A. sekalipun dirinya juga
bercita-cita agar terpilih sebagai Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan
Khalifah Uthman yang berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri
menyebabkan pandangan Saiyidina Ali R.A. dalam beberapa hal berubah terhadap
Khalifah. Bahkan sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat
keretakan dalam hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan inilah yang
menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina Ali R.A. menuduh
Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman Bin Affan R.A.
Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali R.A. sama sekali tidak bertanggungjawab
dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah Uthman R.A. Bahkan beliaulah
sahabat yang paling mengambil berat terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah
Khalifah Uthman R.A. dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali R.A. segera
mengirim puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah.
Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk menawarkan
bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta menyuruhnya pulang.
Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A. mendengar khabar tentang pembunuhan
Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul anaknya Hasan R.A. serta mengancam
Muhammad Bin Talhah kerana dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga
keselamatan Saiyidina Uthman R.A.
Saiyidina Ali R.A. akhinnya telah
dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas kewafatan Khalifah Uthman R.A.
sedang ketika itu sebahagian besar para sahabat Rasulullah S.A.W. sudah
berselerak di pelusok kota-kota di seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di
Madinah hanya sebahagian kecil sahaja.
Setelah jawatan Khalifah jatuh
kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali R.A. cuba bemtindak untuk membawa garis
politik seperti yang pernah dijalankan oleh Rasulullah S.A.W., Khalifah
Abu Bakar R.A. dan Khalifah Umar Al Khattab R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan
ummat sudah jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang
diakibatkan oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali R.A. untuk
membawa kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman Rasulullah dan
Saiyidina Abu Bakan R.A. dan Umar R.A. telah menghadapi rintangan dari
pihak-pihak yang bersimpati dengan Saiyidina Uthman R.A. yang menuduhnya bentanggungjawab
dalam penistiwa pembunuhan itu.
Disebabkan adanya golongan yang
keras rnenentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya
Amru Bin Al As maka tenjadilah satu penbalahan yang sengit antana dua golongan
itu. Satu pertelingkahan yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan
darah di antana sesama ummat Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina
Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah senta menuntut baginda mengenakan hukuman
tenhadap orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saiyidina Uthman
R.A. Sedang Saiyidina Ali R.A. pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah
sebagai gabenor Syam dan juga tokoh-tokoh yang pemnah dilantik oleh Khalifah
Uthman R.A. atas dasan kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah peperangan yang
berpanjangan antara pihak Khalifah Ali R.A. dengan pihak penyokong Muawiyah Bin
Abu Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam. Kesudahan dari perbalahan
yang panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib akhirnya telah mati terbunuh oleh
pengikut golongan Khawarij.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Dilarang menggunakan unsur SARA